Keusahawanan Empowerher Video Pra Latihan (Urus Duit Bisnes)
7 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mei 2026, telah diadakan sesi tayangan Video Keusahawanan Empowerher Pra latihan “Urus Duit Bisnes” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran secara atas talian.
Topik ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pengurusan kewangan yang teratur dalam perniagaan. Peserta akan mempelajari asas mengurus aliran tunai, merekod pendapatan dan perbelanjaan, membuat bajet serta membezakan kewangan peribadi dan perniagaan. Modul ini membantu meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan yang bijak bagi memastikan perniagaan lebih stabil, terancang dan berdaya maju untuk berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: